Sekilas Renungan Dhuha di pagi ini..

Beruntunglah orang yang mendapat UJIAN daripada Allah..

Amat beruntunglah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan dugaan dalam hidupnya samaada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan, dia semakin dekat dengan pencipta..

Dia semakin ingat Dia dan sekaligus berazam untuk kembali kepadaNya..

Amat rugilah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan ujian kepadanya, dia masih ditakuk yang sama..

Mengeluh tak berkesudahan..
Menyalahkan itu dan ini..

Ujian berbentuk kesenangan atau kesusahan itu adalah sunatullah dalam kehidupan..

Allah menguji setiap hambanya dengan cara yang berbeza..
mengikut kadar kemampuan seseorang itu, dan pada masa yang tepat..

Mahu ataupun tidak mahu..
kita kena menerima dan menghadapi dugaan yang medatang..

Siapa kita untuk mempersoalkan kenapa kita diuji andai selama ini kita selalu memungkiri perintahNya yang diperintahkan kepada kita?..

Amat baiknya Allah, dengan ujian yang hadir itu membuat kita lebih matang dan kuat untuk mendepani hari-hari yang mendatang..

Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah, Dia uji kita kerana bersebab..

Mungkin dengan ujian yang hadir itu..
Allah nak angkat darjat kita..

Allah nak hapus dosa-dosa kita, dan Allah nak beri pahala kepada kita..

Maka, senyum dan berbahagialah menjadi insan pilihan yang diujiNya..

Wahai manusia yang mendambakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat..

Andai dugaan itu menjengukmu, tidak dapat tidak, kita kena rapat dengan Allah..

Kekuatan itu milikNya, maka mohon kekuatan dariNya, mengadu segalanya dengan Dia..
Usahakan untuk perbaiki iman..

Solat jangan ditinggalkan dan usahakan solat diawal waktu, lazimi juga diri dengan istighfar dan selawat, dan cuba buat ibadah yang kamu tak pernah buat/ tak terbiasa buat seperti solat tahajud, qiamulail, solat dhuha, dan sebagainya..

Dari situ, in sha’ Allah kamu akan terdidik sedikit demi sedikit untuk kuat, sabar dan redha dengan apapun yang terjadi dalam kehidupanmu..

Dari situ kamu akan rasa, betapa nikmatnya bergantung harap sepenuhnya pada Allah..

Bersabarlah dalam ketaatan untuk beribadah kepadaNya..

Moga kesudahan kita semua adalah kesudahan yang baik..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s