Kadang kadang, kita terlalu asyik memandang ke langit sedang kita tak sedar yang dipijak itu adalah tanah…

Mata boleh menyimpan beribu air mata. Senyuman boleh menyimpan beribu rahsia. Hati boleh menyimpan beribu luka dan fikiran boleh menyimpan beribu kenangan…

Jangan lemas dengan kenangan lama…

Ciptalah kenangan baru yang lebih bahagia dan bermakna…Hidup ini akan lebih berharga jika dapat membahagiakan hati sendiri daripada kita cuba membahagiakan hati orang lain, lalu akhirnya hati sendiri terluka…

never be brave if you don’t get hurt…

Sekilas Renungan untuk Dhuha pagi ini..

Bila jatuh..
bangkitlah semula..
Bila berlaku kesalahan..
belajarlah dari kesalahan itu agar tidak terulang kembali..
Bila terluka..
belajarlah redha..
walaupun
adakalanya airmata menitis jua..

Kita bukan sempurna..
namun
seharusnya bersyukur dengan apapun yg ditetapkanNya untuk kita..
kerana kita tahu..
dengan bersyukur,
hidup kita kan lebih tenang..
kan lebih bahagia..

Sesungguhnya hanya DIA yg maha mengetahui segala-galanya..

Sekilas Renungan Dhuha di pagi ini..

Beruntunglah orang yang mendapat UJIAN daripada Allah..

Amat beruntunglah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan dugaan dalam hidupnya samaada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan, dia semakin dekat dengan pencipta..

Dia semakin ingat Dia dan sekaligus berazam untuk kembali kepadaNya..

Amat rugilah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan ujian kepadanya, dia masih ditakuk yang sama..

Mengeluh tak berkesudahan..
Menyalahkan itu dan ini..

Ujian berbentuk kesenangan atau kesusahan itu adalah sunatullah dalam kehidupan..

Allah menguji setiap hambanya dengan cara yang berbeza..
mengikut kadar kemampuan seseorang itu, dan pada masa yang tepat..

Mahu ataupun tidak mahu..
kita kena menerima dan menghadapi dugaan yang medatang..

Siapa kita untuk mempersoalkan kenapa kita diuji andai selama ini kita selalu memungkiri perintahNya yang diperintahkan kepada kita?..

Amat baiknya Allah, dengan ujian yang hadir itu membuat kita lebih matang dan kuat untuk mendepani hari-hari yang mendatang..

Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah, Dia uji kita kerana bersebab..

Mungkin dengan ujian yang hadir itu..
Allah nak angkat darjat kita..

Allah nak hapus dosa-dosa kita, dan Allah nak beri pahala kepada kita..

Maka, senyum dan berbahagialah menjadi insan pilihan yang diujiNya..

Wahai manusia yang mendambakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat..

Andai dugaan itu menjengukmu, tidak dapat tidak, kita kena rapat dengan Allah..

Kekuatan itu milikNya, maka mohon kekuatan dariNya, mengadu segalanya dengan Dia..
Usahakan untuk perbaiki iman..

Solat jangan ditinggalkan dan usahakan solat diawal waktu, lazimi juga diri dengan istighfar dan selawat, dan cuba buat ibadah yang kamu tak pernah buat/ tak terbiasa buat seperti solat tahajud, qiamulail, solat dhuha, dan sebagainya..

Dari situ, in sha’ Allah kamu akan terdidik sedikit demi sedikit untuk kuat, sabar dan redha dengan apapun yang terjadi dalam kehidupanmu..

Dari situ kamu akan rasa, betapa nikmatnya bergantung harap sepenuhnya pada Allah..

Bersabarlah dalam ketaatan untuk beribadah kepadaNya..

Moga kesudahan kita semua adalah kesudahan yang baik..

Renungan ashar

PENAWAR HATI…

Wahai Hati
Bersyukurlah sentiasa di atas nikmat
Nikmat kurniaan ALLAH SWT di sisimu

Pasti hidupmu akan tenang.

Berzikir dan Beristighfarlah sentiasa
Di atas segala dosa-dosamu

Pasti hidupMu tidak lalai

Ikhlaskan hatimu sentiasa di setiap
Amalan yang dilakukan

Pasti hatimu tidak resah gelisah.

Inilah ubat bagi hati….

@islamitu_indah

🍎RENUNGAN🍎

🍏KETIKA ENGKAU MEMPERBAIKI NIATMU, SAAT ITULAH ALLAH MEMPERBAIKI KEADAANMU🍏

🌻Ketika engkau melakukan kebaikan untuk orang lain, maka kebaikan itu datang kepadamu dari arah yang tidak engkau kira.🌻

🌻saat kita hidup untuk membuat orang lain bahagia, Allah menjadikan orang lain membahagiakan kita.🌻

🌻Maka carilah selalu celah untuk “memberi”, bukan “meminta”.🌻

🌻Setiap kali engkau memberi maka di saat itulah engkau diberi Allah tanpa engkau meminta🌻

harapan selalu terbuka

🌷➿🌷➿🌷➿🌷➿🌷

📚✍🏻SELALU ADA

HARAPAN itu selalu ada.
Bagi mereka yang selalu BERDOA.

JALAN itu selalu ada.
Bagi mereka yang selalu BERUSAHA.

KETENANGAN itu selalu ada.
Bagi mereka yang selalu REDHA.

Satu perkara yang membuatkan kita GEMBIRA adalah CINTA.

Satu perkara yang membuatkan kita BINASA adalah PUTUS ASA.

Satu perkara yang membuatkan kita PERCAYA adalah SETIA.

Satu perkara yang membuatkan kita BERJAYA adalah USAHA.

Satu perkara yang membuatkan kita BAHAGIA adalah TAQWA.

Satu perkara yang membuatkan kita WAJA adalah DOA.

👍🏻INSYAA ALLAH

🌷➿🌷➿🌷➿🌷➿🌷

JAUHI DOSA HATI

Dosa hati paling ditakuti. Tanpa bercakap, tanpa bersuara, tapi sudah cukup untuk mengundang dosa.

Usah kita cepat membuat andaian dan kesimpulan. Jauhi menjatuhkan ‘hukuman’ setiap kali melihat keadaan, kesulitan, kepayahan dan ujian yang ditempuhi oleh orang lain.
Contoh bisikan yang mungkin terdetik di hati:

Orang miskin-malas berusaha
Orang bercerai-tak pandai jaga rumahtangga
Suami berpoligami-isteri tak pandai layan suami
Orang ‘single’- terlalu memilih
Orang berdakwah-nak tunjuk alim
Orang buat kebaikan-nak tunjuk baik

Kita tidak tahu apa yang mereka jalani dan rasai.
Hanya Allah yang lebih tahu keadaan sebenar seseorang manusia dan apa yang ada dalam hatinya.

Cepat-cepat kita beristighfar.
Kawal hati, tahan diri dari melihat dan menilai sisi-sisi negatif dalam kehidupan orang lain.
Apatah lagi menghukum sesuatu keadaan yang belum pernah kita hadapi, yang belum pernah kita diuji.

Usah membuat andaian berdasarkan kehidupan kita yang selesa.
Bagaimana agaknya jika diuji perkara yang sama?
Mungkinkah giliran kita belum tiba?

Maka insafi diri, rendahkan hati dalam mensyukuri segala nikmat kurniaan Illahi.

Doakan yang baik-baik untuk semua orang.
Jika tidak boleh memahami, paling tidak jangan menghakimi!